BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 17, 2009

Ilmu Baru

Satu lagi ilmu baru yang saya perolehi di UPSI. Saya bersama 42 orang bakal kaunselor pelajar DPLI, UPSI belajar mencipta blog sendiri dengan dibantu oleh En. Aziz iaitu pensyarah bagi mata pelajaran 'Pengurusan Pelajar'. Saya rasa agak seronok dan teruja sekali untuk meneroka dunia mencipta blog ini. Sebagaimana yang dikatakan oleh En Aziz, blog ini merupakan diari diri kita secara maya. Jadi saya tidak sabar untuk mencoretkan perjalanan hidup saya iaitu bakal seorang kaunselor pelajar yang sedang berkursus, akan menjalani praktikum tidak berapa lama lagi dan bakal berada di dunia kaunselor pelajar yang sebenar.

Apa kata kita tingkatkan motivasi diri kita dengan merenung kata- kata di bawah:


Kadang- kadang kita tidak sedar kan, sebenarnya Allah sentiasa bersama dengan kita walau dalam apa keadaan sekalipun, sama ada kita sedang bergembira, bersuka ria, bersedih, bermuram durja dan di mana sahaja kita berada. Tetapi lumrah seorang manusia biasa, kita lupa dengan kehadiranNya apabila kita sedang berbahagia, namun apabila kita dilanda musibah barulah kita mula mencari- carinya yang sememangnya Dia tidak pernah menghilang dan lari kita. Oleh itu, marilah sama- sama kita sling mengingatkan antara satu sama lain supaya kita tidak lupa dengan kewujudanNya dan sentiasa mengingatiNya dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.