BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 26, 2009

BICARA TENTANG SAHABAT

Bersama kita Berjuang


Perjuangan itu gerun dan mengerikan

Hebat dan dahsyat, menggerunkan
hati

Bagi mukmin,di sini harga dan nilainya

Bagi mukmin,di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut

Di atas lapang tiada perlindungan

Di bawah air melambung dan menggunung

Menongkah gelombang yg datang melanda

Kiri, kanan, depan dan belakang

Angin yg menderu tidak tahu bila datang

Hujan badai yg datang menyerang

Bak singa lapar yg garang

Kadang- kadang terdampar di batu karang

Penumpang menerima nasib berlainan

Ada yg jatuh, ad yg tenggelam

Yg pandai berenang berpaut ke sampan

Ya allah…ya allah…ya allah..

Bantulah kami hidup di dunia dan di akhirat

Kiri, kanan, depan dan belakang

Angin yg menderu tidak tahu bila datang

Hujan badai yg datang menyerang

Bak singa lapar yg garang

Kadang- kadang terdampar di batu karang

Penumpang menerima nasib berlainan

Ada yg jatuh, ad yg tenggelam

Yg pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yg berjaya berenang ke tepian

Sekali lg ia melayar sampan

Walau pelayaran mungkin tdk berjaya

Namun harapnya hanya pd yg esa

Nyanyian: Saff-one


Sekadar Renungan Buat Bakal- bakal Kaunselor:

Wahai teman...

Betapa hidup ini begitu banyak dugaan dan cabaran yg telah, sedang dan akan kita lalui. Walau apa pun rintangan yg menghalang tempuhilah ia dengan semangat yang sentiasa membara di jiwa. Sesungguhnya setiap ujian itu ada hikmah yg tersembunyi tanpa kita menyedarinya. Firman Allah swt yg bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". Surah Al- Baqarah: Ayat 216



Tuesday, November 17, 2009

Ilmu Baru

Satu lagi ilmu baru yang saya perolehi di UPSI. Saya bersama 42 orang bakal kaunselor pelajar DPLI, UPSI belajar mencipta blog sendiri dengan dibantu oleh En. Aziz iaitu pensyarah bagi mata pelajaran 'Pengurusan Pelajar'. Saya rasa agak seronok dan teruja sekali untuk meneroka dunia mencipta blog ini. Sebagaimana yang dikatakan oleh En Aziz, blog ini merupakan diari diri kita secara maya. Jadi saya tidak sabar untuk mencoretkan perjalanan hidup saya iaitu bakal seorang kaunselor pelajar yang sedang berkursus, akan menjalani praktikum tidak berapa lama lagi dan bakal berada di dunia kaunselor pelajar yang sebenar.

Apa kata kita tingkatkan motivasi diri kita dengan merenung kata- kata di bawah:


Kadang- kadang kita tidak sedar kan, sebenarnya Allah sentiasa bersama dengan kita walau dalam apa keadaan sekalipun, sama ada kita sedang bergembira, bersuka ria, bersedih, bermuram durja dan di mana sahaja kita berada. Tetapi lumrah seorang manusia biasa, kita lupa dengan kehadiranNya apabila kita sedang berbahagia, namun apabila kita dilanda musibah barulah kita mula mencari- carinya yang sememangnya Dia tidak pernah menghilang dan lari kita. Oleh itu, marilah sama- sama kita sling mengingatkan antara satu sama lain supaya kita tidak lupa dengan kewujudanNya dan sentiasa mengingatiNya dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.